Monday 7 March 2011

makan makan makan

hi... 11.04 pm, mengantok ni tapi nak juga update blog. awal balik kerja sebab tak OT. semenjak2 ni malas nak OT sebab tak de geng keras nak OT. balik awal macam biasa..kol 5pm. kalaulah aku tahu thumb print 2 rosak, balik je la awal..paling2 pun 5 min awal sbb pagi tadi datang 5 min awal.hahaha. boleh bah skali skala. rasa mimpi je datang rumah terus makan malam. mmm menu yang special petang tadi. tq ye kepada kawan yang ingat kawan tu. ada juga lauk disimpan untuk orang yang balik kerja. berbaloi juga ada orang tak kerja. jaga rumah segala2 lah. makan awal kenyang awal lapar pun awal.hahahahaha (tak sempat lapar) aktiviti makan tak pernah miss. semua kena.

satu hal lagi. ada kacang hijau direndam kat dapur. terliur rasa nak makan bubur kacang hijau. tapi bahan2 tak cukup.alamatnya (call je member yang blm smpai rumah) kirim bahan. lama juga tunggu tapi tunggu je lah. demi mu bubur kacang. tunggu punya tunggu akhirnya sampai sudah..apalagi bahan masuk periuk terus..ada ke patut sudu di masuk sekali dalam bubur -diam2 je la- kononnya nak biji kacang hijau cepat masak..tak perlu sudu kot sebab kacang hijau tu dah direndam 1 hari.ha rasakan dah kena sembur tahu nak angkat balik sudu..cuma jelah masak sudu dengan bubur. rasa besi la bubur tu..nasib dapat diselamatkan. kalau tak, tak nak la makan.bubur baru 90% masak tapi member yang pengsan tu, datang minta bubur..dah masak ni (dia yg cakap)..i cakap belum lagi..baru masuk santan. lemak santan pun belum sempat keluar tapi dia nak juga..aku pun besarkan api bagi mendidih ckit..nah ambik kau 2 senduk..try la..dengan tidak membuang masa di ambilnya susu cair, tikam dalam bubur tadi..dia cakap sedap..1st time aku jumpa orang makan bubur dengan susu...sedap..(dalam hati, aku nak try nanti). hihi..bubur masak sepenuhnya layan le sepenuh hati..sedap..***memang sedap kalau bubur kacang hijau tambah susu..biasa pakai gula pasir je** jgn lupa cuba ye..

kelip2 dah mata ni..rasanya tak tahan..seseorang tu dah sampai ke destinasi kot. tiada respon dah. u 2 jangan lama sangat keluar..esok kerja..(sendiri mahu tahu u 2 siapa) aku peduli apa..aku nak layan mata dah ni..ghost ship tak de yang best cuma berita harian 2 minit..dah habis baca..tq kepada yang sudi melayan..

**tidur yang cukup bagus untuk kesihatan. awet muda untuk semua**
good night all..have a sweet dream and have a better day tomorrow


**jangan lupa try makan bubur kacang hijau dengan susu manis**
pasti nak lagi sebab sedap sangat..(menu baru)


1 comment:

  1. awal na tido....ish ish...
    klak la coba bubor kacang hijo ya juak..
    hehehhe

    ReplyDelete